Thursday, August 25, 2011 | 6:28 AM | 0 comments
Sudah hampir satu minggu kita hidup macam nie. Aku penat sudah. Rasa macam tidak berdaya untuk harapkan yang dulu lagi. Harapan yang di janjikan semua palsu palsu belaka. Aku rasa hanya janji melayu sahaja di utarakan. Semua perbuatan yang kau lemparkan sama aku. Aku sambut dengan linangan air mata. Rasa hidup aku sejak kebelakangan nie macam tidak terurus. Hari hari pikir tentang kau. Aku harap akan ada satu keajaiban yang berlaku antara kita. Malangnya hanya hayalan semata mata.
Saban hari aku menunggu. Menunggu setiap saat,masa yang indah. Yang aku angan angan kan setiap aku terlena dari tidur. Sumpah memang manis sangat. Oleh kerana terlalu rindu sama kau. Macam macam terlintas di pikiran aku. Gambar sahaja la yang dapat menemani aku sebelum tidur. *Gila kan aku*. Malangnya setiap yang aku angan kan hanya mainan sahaja. Macam belon yang mudah di bawa oleh angin dan lenyap begitu sahaja. Kadang kadang memang rasa macam mahu memberontak sesuka hati. Kenapa angan angan yang aku harapkan tidak menjadi. Hampaa.
Aku cuba untuk pujuk kau setiap hari. Tetapi aku gagal. Ego kau semakin lama semakin menjadi jadi. Kadang kadang memang aku rasa meluat sangat. Rasa macam sudah berputus asa dengan perbuatan mu sama aku. Teruk betul ka sampai kau hukum aku sebegini.
Aku cuba buat kesimpulan sendiri. Ternyata anggapan aku sama kau memang lelaki pengecut! Yang tidak berani berdepan dengan masalah. Susah untuk membuat keputusan dengan kerelaan hati sendiri. Hanya mementingkan diri dan terlampau terpengaruh dengan persekitaran yang kau ada sekarang. Sekarang nie cuba untuk belajar dari kesilapan. Tidak semestinya kau akan sentiasa berada di atas. Hidup kita macam roda. Sentiasa akan berputar putar setiap masa.